Share It with Friends (:

megenali cinta !

"sesiapa yg jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya,maka dia adalah seoarng yang syahid."
(riwayat hakim,ibn asakir,al-dailami,dan lain-lain)

tips menepis cinta remaja!
  • tegas dengan prinsip diri
  • meletakkan misi yang jelas dalam hidup
  • bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh
  • mengekang hawa nafsu
  • mendekati majlis ilmu
  • menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah
  • akrab degan Allah dalam ibadah dan kehidupan
                                                                                                                                                bahana cinta

seorang penyair Arab berkata:
Cinta merupakan anugerah yakdir,
Pertama kali datang terlihat bak air yang tenang,
Namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,
Tenggelamlah ia di dalmnya, tak tertolong lagi..

keistimewaan isteri solehah

Rasulullah SAW bersabda:

"kebahagiann manusia itu terletak pada tiga perkara , dan kesengsaraannya terletak pada tiga perkara pula. Antara kebahagiannya ialah memiliki isteri yang solehah."

doa pengasih

 
اللهم حبب عبدك هذا الى عبادك المؤمنين
maksudnya: Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini menyintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku.
(riwayat muslim)

kisah bukti cinta UmAr bIn aBdUl aZiZ untuk isterinya bukan dengan emas permata
 
sesudah Umar Bin Abdul Azizi diangkat khalifah dan Amirul Mukmin,Umar langsung mengajukan pilihan kepada Fatimah binti Abdul Malik bin Marwan,isteri tercinta. Umar berkata kepadanya,"isterinku sayang,kanda harap dinda memilih satu di antara dua."
 
Fatimah bertanya kepada suaminya,"memilih apa kekanda?'
 
Umar bin Bdul Aziz menerangkn ," memilih antara perhiasan emas berlian yg dinda pakai dengan Umar bin Abdul Aziz yg mendampingimu."
 
Kata Fatimah,'Demi Allah,dinda tidak memilih pendamping lebih mulia daripadamu, ya Amirul Mukminin. Inilah emas permata dan seluruh perhiasanku."
 
kemudian khalifah Umar bin Abdul Aziz menerima semua perhiasan itu dan menyerahkannya ke Baitulmal,khazanah negara kaum Muslimin. Sementara Umar bin Abdul Aziz dan keluarganya makam makan makanan rakyat biasa,iaitu roti dan sedikit garam.





Sharing is Caring ◕ ‿ ◕

No comments:

Post a Comment